Isnin, 28 Januari 2013

Bekas polis dipukul, ditinggalkan dalam van

Gambar hiasan

BAYAN LEPAS - Seorang bekas anggota polis ditemui dalam keadaan tidak sedar diri selepas dipercayai dibelasah sebelum ditinggalkan di dalam sebuah van kilang di belakang sebuah hotel di Bayan Baru di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah di bahagian tempat duduk van berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, mangsa yang sudah tiga tahun diberhentikan perkhidmatannya dalam pasukan Polis Diraja Malayasia (PDRM) kini bekerja sebagai pemandu van kilang.

Ahad, 27 Januari 2013

Runsing kes pecah rumah berleluasa


MARANG – Penduduk di kawasan ini runsing berikutan jenayah pecah rumah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Dalam masa sama menjejaskan keselamatan penduduk dan mereka meminta pihak berkuasa segera mengatasi masalah tersebut.

Warga emas, Mohamad Abdullah, 64, berkata, antara faktor jenayah pecah rumah semakin berleluasa ialah kawasan rumah penduduk terletak jauh antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, pihak pentadbiran kampung perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu, selain mengharapkan pihak polis untuk menjaga keselamatan demi keselesaan penduduk,” katanya.

Sabtu, 26 Januari 2013

Penculik sumbat peluru dalam mulut


Dibelasah dan sebutir peluru dimasukkan ke dalam mulut, itu penderitaan dialami seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa culik empat lelaki yang turut melarikan kereta BMW dan mengambil wang miliknya menyebabkan kerugian RM413,600.
Lebih malang mangsa dikenali sebagai An, 37, turut dikurung dua hari di sebuah hotel di Petaling, dekat sini, selepas diculik Sabtu lalu di sebuah medan selera di Jalan Kuchai Lama.

Kes pecah ATM berulang kembali - RM190,000 lesap pencuri pecah ATM


SHAH ALAM - Sekumpulan pencuri melarikan wang tunai RM190,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) apabila mereka memecah masuk sebuah stesen minyak di Taman Alam Megah, Seksyen 28 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayop berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak itu ketika datang bertugas pagi ini dan mendapati pintu belakang stesen minyak itu mempunyai kesan diumpil manakala mangga pintu pula dipotong.

Jangan persenda isu sensitif berkaitan agama: KPN

LIM GUAN ENG PERLU DIAMBIL TINDAKAN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan masyarakat tidak mempersendakan isu sensitif berkaitan agama atau perkauman yang boleh mencetuskan perasaan marah atau benci sehingga menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. 

Beliau berkata setiap orang perlu menghormati sistem perundangan negara dan menerapkan nilai moral yang tinggi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...