Ahad, 10 November 2013

Posmen putus tangan kanan, ditetak dua lelaki


KOTA BHARU 9 Nov. - Seorang posmen putus tangan kanan dan cedera parah selepas ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Kubang Kerian dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 pagi itu, mangsa, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29, ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan bedah pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati, dua lelaki terbabit telah menyerang mangsa di hadapan rumahnya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu oleh individu lain.

"Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Lelaki maut ditetak empat lelaki bertopeng

Gambar hiasan
IPOH 9 Nov. - Seorang lelaki berusia 22 tahun mati setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersentajakan parang di kediamannya di Taman Desa Chandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa, Susidaran a/l Sukumaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat setelah ditetak pada bahagian depan dan belakang kepala, kaki, tangan dan beberapa bahagian anggota badan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, tidak lama selepas menetak mangsa, kumpulan sama dilaporkan menyerbu masuk sebuah rumah di Taman Song Choon, dekat sini.

"Kumpulan berkenaan dilaporkan cuba mencari seseorang di Taman Song Choon pada pukul 3.15 petang, tidak lama selepas menetak mangsa di Taman Desa Chandan," katanya.

Menurutnya, pihak polis percaya kejadian tersebut bermotifkan dendam namun. - UTUSAN ONLINE

Sabtu, 9 November 2013

PENYAMPUN "SENGKEK" TUMPAS


Sekumpulan enam lelaki digelar penyamun ‘sengkek' apabila sanggup menyamun periuk nasi sebelum menyewakannya kepada orang ramai yang mahu mengadakan majlis kenduri.

Kumpulan ahli berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan sejak 20 Oktober sehingga jumaat lalu selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah. 

Polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali dengan panggilan 'Angah' selepas dipercayai turut terbabit dalam kegiatan sama. Kumpulan ini dipercayai bergerak berpasangan dan tertumpu kepada rumah tidak berpenghuni di siang hari sebelum memecah masuk ke kediaman atau stor barangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 380 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana memecah rumah atau bangunan serta mencuri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 04 986 2222 bagi menyalurkan maklumat.

Sumber : Harian Metro

Jumaat, 8 November 2013

POLIS SIASAT LIMA SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN LANGGAR SYARAT LESEN


Kuala Lumpur, 8 Nov - Sekurang-kurangnya lima syarikat kawalan keselamatan kini disiasat oleh polis kerana dipercayai melanggar syarat lesen termasuk berkaitan pengurusan senjata api.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata syarikat yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Polis juga meminta syarikat kawalan keselamatan yang ragu-ragu dengan identiti pekerja atau permit senjata api yang dimiliki oleh pekerjanya agar membuat semakan dengan polis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil kepada 23 graduan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan 32 graduan Diploma Sains Siasatan yang menamatkan pengajian di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

ORANG HILANG


Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn. Roseliza Bt Ahmad ditalian di talian 012-9786798 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. Butir-butir hilang adalah seperti berikut :-

1.1 Nama : Gam Teak @ Choo Pen
1.2 No KP Lama : 400425-08-5349 
1.3 Alamat terakhir : B – 15 – 5 Sri Rakyat Apartment,
Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 
57000 Kuala Lumpur.
1.4 Jantina : Lelaki 
1.5 Gambar : Seperti dilampirkan


Untuk membantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur untuk mengesan ORANG HILANG (Gambar) bersangkut Balai Sg Besi Rpt: 011270/2013 bertarikh 08 Okt 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...