Ahad, 7 September 2014

AWAS: PENIPUAN SMS 'LUCKY DRAW'


SCAM ALERT : ‘Lucky Draw’ adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah daripada orang ramai.

Anda dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dan berhati-hati apabila menerima sebarang sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah wang, barangan dan percutian dalam peraduan ‘Lucky Draw’. 

Modus operandi mereka adalah : 

1.Mangsa menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.

2.Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.

3.Mangsa kemudian diarahkan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.

4.Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.

Sabtu, 6 September 2014

PPS: Tak perlu cuba ambil alih tugas polis


Georgetown: "Usah bersikap kurang ajar dengan menubuhkan pertubuhan atau persatuan tanpa merujuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu," tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Klik).

Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak memerlukan pertubuhan atau persatuan lain yang cuba mengambil alih tugas polis kerana ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan sememangnya amat memerlukan bantuan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencegah jenayah tetapi tidak bersikap seperti samseng dan kurang ajar seperti mana yang dilakukan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan baru-baru ini.

Jumaat, 5 September 2014

DATUK SERI MOHAMAD FUZI HARUN AMBIL ALIH TUGAS TIMBALAN KPN


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja  Malaysia Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013. "Selama hampir 39 tahun berkhidmat dalam PDRM, karier tersebut telah menjadi darah daging saya dan tidak mungkin mudah untuk melupakan pengalaman yang telah dilalui selama berkhidmat dalam pasukan.

"PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan...telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain," kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 Nov 1975.


Selasa, 2 September 2014

Cubaan Seludup Senjata Api Di Sempadan Gagal


KOTA BAHARU: Cubaan menyeludup masuk pelbagai senjata api ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Kawalan Pisau Raut, Tumpat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, senjata api yang dirampas itu ialah jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, beberapa anggota tentera yang melakukan rondaan melihat sebuah perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri tebing Sungai Golok di sempadan negara.

"Dua daripada tiga suspek yang menaiki perahu itu kemudiannya turun dari perahu dengan memikul sebuah guni.

Isnin, 1 September 2014

Dua Pengguna Twitter Lempar Kenyataan Biadap Terhadap PDRM


KUALA LUMPUR:  Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelarKetua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'. 

Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan. 

"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya pada Sabtu. 

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.

Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. HenrichHimmler of Malaysia".

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan." 


Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...