PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dua pasukan dari Malaysia berjaya
ke peringkat akhir Anugerah Inovasi Antarabangsa CAPAM, yang diadakan sempena Persidangan
dwitahunan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM)
2014.
Kedua-duanya
ialah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menerusi pembangunan
Teknologi Rawatan Kayu, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Sistem Pemantauan
Bandar Raya Selamat (SCMS/SPBS).




