TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH SPRM.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis di
Sarawak, adalah antara 10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah
berhubung kegiatan mencuri balak yang membabitkan kerugian RM43 juta dalam
tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pegawai terbabit berpangkat Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah berumur 35 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis di
sebuah daerah di Sarawak kerana menerima rasuah daripada pembalak haram
berjumlah RM16,000.
"Dia
ditahan bersama sembilan lagi individu yang antaranya memegang jawatan pengarah
urusan dan pemilik syarikat pembalakan membabitkan 10 syarikat, dalam Ops Tukul (Sumber)
di Kuching, Isnin lepas.




