Rabu, 11 Februari 2015

3 lelaki dan seorang wanita bersama senjatapi ditahan


ALOR SETAR: Polis Kedah menahan tiga lelaki dan seorang wanita bersama senjata api dan peluru, selain pelbagai kad kuasa palsu yang disyaki digunakan khusus untuk tujuan jenayah.

Semua suspek ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi di sebuah rumah di Taman Desa Seraya di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata dalam serbuan itu, seorang lelaki bertaraf penduduk tetap berusia lingkungan 50-an ditahan bersama seorang wanita tempatan berusia dalam 40-an serta dua lelaki warga asing masing-masing berusia 40-an dan 60-an.

"Selain tangkapan, kita turut merampas sepucuk pistol jenis Beretta dan sepucuk lagi pistol tiruan jenis sama, satu kelopak peluru dan pelbagai jenis kad kuasa tiruan yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.

Sabtu, 7 Februari 2015

Rumah menteri, kilang jadi sasaran tembakan


SIBU 6 Feb. - Satu pasukan petugas diwujudkan bagi menyiasat dua kes tembakan yang berlaku di rumah Menteri Kewangan Kedua negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh dan sebuah kilang percetakan akhbar Kumpulan See Hua di Sungai Antu Industrial Estate dekat sini pagi ini.

Difahamkan, jarak lokasi tembakan di kilang percetakan akhbar tempatan berkenaan terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman wakil rakyat itu.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kamal Kordi, beliau sendiri akan mengetuai siasatan kes tersebut dengan dibantu semua elemen dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Jumaat, 6 Februari 2015

Polis buru Nuar Ayam disyaki suspek utama kes tembak pemilik kedai


KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu seorang lelaki, Anuar Mohammad, 37, dipercayai dalang utama kes samun dan tembak di sebuah premis di Kampung Beris Lalang, Bachok, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek dikehendaki yang dikenali Nuar Ayam itu sangat berbahaya dan mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Akhbar hari ini, melaporkan tindakan pemilik kedai perkakasan enggan menyerahkan kunci Toyota Harrier kepada tiga lelaki yang menyamun premisnya di Kampung Beris Lalang mengundang padah apabila maut ditembak penjenayah itu.

Kasino’ di dalam kebun sayur


Ipoh: “Tolong jangan ambil gambar saya, sebab ibu saya sudah berusia 80 tahun dan ada sakit jantung, nanti jika dia tengok dalam surat khabar mungkin akan terkejut dan mati,” kata kaki judi yang diberkas polis dalam serbuan di sebuah ‘kasino’ di dalam kebun sayur di Chandan Desa, Simpang Pulai, di sini petang semalam.

Lelaki terbabit antara 31 kaki judi berusia 28 hingga 60-an yang ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Peniaga mati ditembak


Kota Bharu: “Kami mahu menutup kedai ketika itu sebelum mereka masuk secara senyap dan bercakap pun dalam nada perlahan.

“Saya tak sedar sehinggalah mereka mengeluarkan senjata dan meminta wang,” kata Norhaizan Mohd Zin, 45, isteri kepada seorang peniaga yang maut ditembak tiga lelaki menyamun kedai menjual perkakas rumah di Kampung Beris Lalang, Bachok, petang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, Mustaffar Sidik, 52, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Turut cedera anak perempuannya, Ainul Wahida, 18.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...