Isnin, 17 Jun 2019
Khamis, 16 Mei 2019
AMANAT KETUA POLIS NEGARA BARU YANG CUKUP MANTAP
Selamat pagi YDH TUAN PPZ dan semua PEG ZON.
Berikut adalah amanat KPN melalui Dato DD2 kepada semua warga NARKOTIK:
1) KPN memang sudah pencen, tetapi atas kehendak Tun Mahathir masih
nak beliau jadi KPN PDRM.
2) MENGENAI LAWATAN KE BALAI2, KPN janji bukan nak cari masalah , sebaliknya
ingin tahu apa2 masalah yg dihadapi oleh Pegawai dan angguta di bawah.
3) LEARN
HOW TO SAY NO, jangan susahkan orang
lain.
4) Tingkatkan INTERGRITI , elak dari terlibat aktiviti haram, gengsterizem
dan sindikit dadah.
HAPUSKAN RASUAH.
5) ISU IPCMC-
telah lama di negara maju. Melalui IPCMC ini polis boleh ambil peluang untuk tingkatkan
kebajikan, gaji PDRM.
6) Banyak kelemahan kita terdedah di kalangan rakyat. CONTOH: ramai2 Pegawai dan angguta
yg terlibat kes2 jenayah dan dadah MASIH
TIDAK DIBUANG KERJA.
Kegagalan pihak jabatan jip. Contoh banyak
kes indek jenayah kita tak buka IP .
Isu2
Pegawai dan angguta PDRM marah2 saksi polis, gaya hidup mewah dan tunjuk2 kepada orang awam.
7) PDRM masih bernasib baik sebab kerajaan baru
masih hendak tunduk kepada PDRM dengan adakan wakil polis dan wakil SPP dalam
IPCMC .
8) Jamuan raya tak perlu buat besar2. Sesiapa yg cuti raya balik raya tak perlu
lagi raya pertama bersama KPN , KP dan OCPD.
Sepatutnya raya
pertama bersama keluarga atau di kubur IbuBapa yg telah meninggal.
9) Budaya kerja yg
membazirkan masa perlu dikurangkan . Contoh Pegawai tinggi turun, persiapan IPK atau IPD
bazir di
segi masa untuk buat persiapan . TAK
PERLU MEWAH2 . Jangan minta sumbangan di luar. Ubah gaya hidup kita.
10) KPN tak suka ramai2 untuk sambut dia. Tugasan untuk trafik dan UTK
tak perlu ramai.
11) Budaya memberi dan meminta SILA
HENTIKAN.
12) Jangan beri peluang bagi anak buah di bawah untuk pergi kutip wang.
NOTA:
AMANAT
KETUA POLIS NEGARA
YANG CUKUP RELEVEN DAN TERBAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SETIAP WARGA PDRM, TERUTAMA PIHAK
TERTINGGI. “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA” baru
lah boleh diteruskan demi kesejahteraan, keselamatan Masyarakat serta negara
tercinta. TAHNIAH KPN - DATUK SERI ABDUL HAMID BADOR
Jumaat, 10 Mei 2019
JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD PDRM (JIPS) DIBUBAR ???
PUTRAJAYA 10 MEI - KETUA POLIS NEGARA, Datuk Seri Abdul Hamid Bador
berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) BERPUAS HATI dengan
proses perbincangan berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku
Polis (IPCMC) hari ini.
Dalam perbincangan yang berjalan lebih sejam itu, jelas beliau,
pegawai-pegawainya telah diberi peluang seluas-luasnya untuk memberi pandangan
atau menzahirkan rasa tidak puas hati dan pihaknya telah mendapat jawapan jelas
serta amat memuaskan hati dari GOVERNANS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
NEGARA (GIACC).
PESARA
POLIS BANTAH IPCMC - KLIK DISINI
KUALA LUMPUR 4 MEI - PERSATUAN
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS BERSARA MALAYSIA (RESPA) AKAN
MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA POLIS NEGARA UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI ISU
PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC).
PRESIDENNYA, TAN SRI MOHD. ISMAIL CHE RUS BERKATA,
PERTEMUAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MENYUARAKAN KEBIMBANGAN DAN KEPUTUSAN
UNTUK MENUBUHKAN IPCMC YANG MENDAPAT REAKSI NEGATIF SEBELUM INI.
IPCMC
PERLU DINILAI SEMULA MEMANDANGKAN
ADA BEBERAPA LAGI BADAN-BADAN PEMANTAU LAIN SEPERTI SURUHANJAYA HAK ASASI
MANUSIA (SUHAKAM), SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993, BIRO PENGADUAN AWAM DAN LAIN-LAIN.
MOHD. ISMAIL BERKATA, PDRM SENDIRI TURUT
MEMPUNYAI JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS) YANG
BERTANGGUNGJAWAB MEMANTAU ASPEK PERILAKU DAN SALAH LAKU DALAM KALANGAN PEGAWAI
DAN ANGGOTA.
TAMBAHNYA, DARIPADA KERAJAAN
MEMBAZIRKAN WANG DENGAN MEMBUAT SATU SURUHANJAYA BAHARU, LEBIH BAIK DIPERTINGKATKAN
PERANAN DAN FUNGSI BADAN PEMANTAU SEDIA ADA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. - UTUSANONLINE
“Perkara-perkara yang menjadi kebimbangan di pihak PDRM telah pun
diyakinkan oleh GIACC bahawa kekuatiran tersebut jauh meleset. Sebenarnya IPCMC
memberi banyak ruang dan peluang kepada PDRM. Ia tidak sekali-kali menghakis
atau menghilangkan kuasa yang ada pada PDRM.
“Saya amat bangga dengan kendalian yang ditunjukkan oleh
pegawai-pegawai saya yang bangun berhujah dengan penuh tertib dan tidak ada
suara-suara melenting apabila mengetengahkan hujah-hujah mereka. Saya amat
bersyukur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah
Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, penubuhan IPCMC diteruskan
selepas tiada halangan daripada pihak PDRM hari ini.
Beliau berkata, ke arah itu kertas Kabinet tentang penubuhan IPCMC
dijangka akan dibentang selepas Hari Raya Aidilfitri.
Pada 2 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun dilaporkan sebagai berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengemukakan
bantahan berhubung beberapa perkara membabitkan penubuhan IPCMC.
Mohamad Fuzi memberitahu, antara perkara yang diusulkan berhubung
penubuhan IPCMC, terutamanya menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di
bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, mendapat bantahan daripada banyak
pihak dalam PDRM.
Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa SPP yang
dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan,
promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis. - UTUSAN ONLINE -
Isnin, 29 April 2019
TOMMY THOMAS PATUT DIPECAT SECEPAT MUNGKIN
KUALA LUMPUR – Agak pelik bagi TOMMY THOMAS YANG DIUAR-UARKAN SEBAGAI PAKAR
PERLEMBAGAAN sebelum menjadi Peguam Negara tidak tahu kandungan
ucapan rakannya, Dr. Syed Husin Ali pada Forum Awam & Statut Rom pada Sabtu
lalu bersifat menghasut.
Lagi pelik apabila Tommy yang dilantik
memegang jawatan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh bersama dalam
majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad
Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT terhadap ucapan tersebut.
Katanya, forum yang diadakan di
Universiti Malaya (UM) itu sepatutnya membincangkan secara ilmiah mengenai ratifikasi
Statut Rom TETAPI
SEBALIKNYA MENJADI PLATFORM MENGHASUT KEBENCIAN RAKYAT KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
“Mereka juga menghina empat pakar
perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja,”
katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ahmad Amzad, dalam forum itu, Dr.
Syed Husin telah mengucapkan kata-kata menghasut betul-betul di hadapan Tommy
dengan membangkitkan isu perbelanjaan Raja-Raja yang ditanggung rakyat.
TUDUHANNYA SANGAT
BERAT seperti menyatakan keturunan raja
diangkat oleh British dan semakin meluas menentang serta menceroboh
Perlembagaan.
“Apabila TOMMY MEMBIARKAN SAHAJA PENGUCAPAN BERBAUR PENGHINAAN itu, secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti
beliau sebagai Peguam Negara.
“Sekurang-kurangnya, beliau perlu
menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasiti Peguam Negara.
“Sama seperti beberapa hari lalu,
Perdana Menteri menyatakan Perlembagaan Negeri Johor dan Terenggganu terbatal
apabila Malaysia ditubuhkan, saya sudah bangkitkan di mana peranan Peguam Negara
untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat
menyeleweng ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan
prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan
mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu membabitkan negeri, Raja-raja
Melayu dan Islam.
“MELAINKAN PAKATAN HARAPAN (PH) SUDAH BERSEDIA UNTUK KALAH
PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU15) ini.
“Sekali lagi saya tegaskan, TOMMY PATUT DIPECAT kerana mengekalkan beliau sebagai Peguam Negara
hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI
Ahad, 21 April 2019
LUAHAN BEKAS TIM KPN TAN SRI BAKRI ZININ
Masa
kini ADA TANGAN TANGAN GATAL, menceritakan kepincangan Polis. Sehingga Polis dilihat sebagai agensi penguatkuasaan yang tidak releven masakini
dan membebankan mesyarakat.
Tidak membantu lagi KEJADIAN POLIS DIGARI DENGAN UNIFORM dan orang ramai kini
berani menahan kereta peronda. Suatu keadaan yang tidak terfikir masa lalu.
MELEMAHKAN MORAL DAN IMAGE POLIS untuk mempastikan agenda mereka tercapai dan
dalam keadaan sekarang ia akan menjadi realiti.
Kalau
ini terjadi bukan Polis yang menjadi mangsa
kerakusan tetapi padahnya mesyarakat akan menanggungnya. Kita
berharap ia tidak menjadi realiti.
Pokoknya
ADAKAH SETIAP YANG BERLAKU DALAM MESYARAKAT ITU BERLAKU ATAS KEGAGALAN
POLIS?.
Selami
akan keadaan dan kebajikan mereka. Lihat dulu sistem yang ada. Lihat semua
sudut barulah menunding jari kearah mereka.
Mengujudkan
sistem kawalan Polis dah mencukupi kalau dikaji peranan SPP, JIP, SIAP, Biro
Pangaduan Awam, SUHAKAM dan undang undang lain.
Terkilan
apa yang berlaku sekarang macam ADA YANG BERANGGAPAN POLIS SESUAI MENJADI
'JAGA' sahaja TANPA MENILAI SUMBANGAN YANG TELAH MENJADI
NEGARA INI MAJU DARIPADA SEMUA SUDUT. Menidakkan sumbangan Polis
kearah ini. TEPUK DADA TANYA SELERA
Rujukan: KLIK DISINI
Langgan:
Catatan (Atom)



