Khamis, 3 Mac 2011

Polis Kelantan Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Kes Bunuh, Rampas Sepucuk Pistol

Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan samun, serta merampas sepucuk pistol berserta peluru daripada mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata Polis Cawangan Jenayah Berat menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 23 hingga 30 tahun itu Jumaat lepas dalam satu serbuan di sebuah chalet di Perdana Resort, dekat Pantai Cahaya Bulan pada pukul 4.25 pagi.

PGM Sandakan Tahan 10 Kapal Nelayan Pukat Tunda Bersama 24 Krew

Polis Gerakan Marin (PGM) menahan 10 kapal nelayan pukat tunda bersama 24 anak kapal selepas dikesan menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Bay di sini Jumaat.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan ASP Muhammad Sallam Spawi berkata kapal nelayan tersebut ditahan pada 11.40 malam ketika menjalankan aktiviti menunda pukat di kawasan larangan iaitu tiga batu nautika dari pantai atau pada kedalaman kurang dari 10 meter.

BEKAS Menteri Pengangkutan - menghadapi tuduhan menipu

BEKAS Menteri Pengangkutan,Tan Sri Dr. Chan Kong Choy (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 28 Feb. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

Orang Dikehendaki - Johor

Orang Dikehendaki - Perlis

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt. Nashir Ya (kiri) menunjukkan wajah lima suspek bagi membantu siasatan berhubung kes rogol berkumpulan, curi dan seludup kereta serta kes mendatangkan cedera parah ketika serangan, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di Kangar 25 Feb. -
Utusan/FAIZAL ABU HASSAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...