Rabu, 22 Ogos 2012

Warga Indonesia ditemui mati gara-gara selisih faham dengan rakan sekerja

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja warga Indonesia ditemui mati di sebuah kilang bawang di Jalan Permatang Rawa di sini malam tadi akibat selisih faham dengan rakan sekerjanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata siasatan awal mendapati mangsa, Purawadi, 24, telah minum dengan tiga rakan sekerja warga Myanmar.
"Kami percaya terdapat beberapa perbincangan 'panas' antara Purawadi dan kawannya dalam umur 20-an semasa tengah minum dan bertukar menjadi pergaduhan," katanya kepada pemberita di sini.
Mazlan berkata berikutan itu, Purawadi telah diserang oleh kawannya dan dikejar oleh suspek kira-kira 80 meter dari kedai minum apabila mangsa cuba melarikan diri.

Transit baharu seludup manusia


JOHOR BAHRU – Selepas Pelabuhan Klang di Selangor dan Pelabuhan Kuala Linggi di Negeri Sembilan, sindiket penyeludupan manusia ke negara ketiga melalui Malaysia kini beralih angin dengan memilih Pengerang dan Tanjung Sedili dekat sini sebagai transit terbaharu mereka.
Ketika merungkai taktik terbaharu itu, Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, perubahan strategi itu terpaksa dilakukan oleh sindiket terbabit memandangkan lokasi tradisi iaitu di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuala Linggi kini dianggap tidak selamat lagi.
“Pada awal tahun ini, kami melihat taktik mereka sudah bergerak ke sekitar wilayah Selatan berdasarkan tangkapan dan kes mati lemas yang berlaku di sana,” katanya.
Pada tahun 2011, sebanyak 32 mangsa lemas dilaporkan sementara setakat Ogos tahun ini, sebanyak 13 warga asing terkorban.
Adon memberitahu, lazimnya sindiket akan menjadikan cuaca buruk di perairan yang dilalui untuk menggerakkan aktiviti pemerdagangan orang.
“Apabila cuaca tak elok, mereka akan lari daripada pengesan radar kita untuk ke negara jiran dan biasanya jika hujan, bot-bot kecil tak akan berada di perairan sepanjang masa.
“Dari situ, mereka akan ambil kesempatan dan terjadilah kapal karam dan lemas,” jelasnya.

Tauke emas rugi RM350,000


MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam.
Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan kedai emas itu sendiri.
Dinding kelima melibatkan dinding di dalam kedai emas itu yang dijadikan tempat menyimpan sebuah peti besi berisi barang kemas.
Saiz setiap lubang yang ditebuk boleh memuatkan seorang lelaki dewasa.

Godaan palsu gadis ‘ting-ting’


KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.
Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.

Ditipu penjual beg tangan melalui internet


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan.
Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.
“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...