Selasa, 4 September 2012

Perompak ‘baik hati’


GEORGETOWN: Selepas dimaklumkan hanya mempunyai RM40 dalam beg tangannya, seorang lelaki mengambil RM20 dan telefon bimbit sebelum menyerahkan semula beg tangan itu kepada mangsanya.

Bagaimanapun, suspek yang cuba melarikan diri selepas merompak mangsa dalam kejadian di Jalan Perak, semalam, ditahan polis tidak lama kemudian. 


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 30-an, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, berjalan bersendirian ke tempat kerjanya sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal. 

Selepas merompak wang dan telefon bibit mangsa, suspek cuba melarikan diri dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.



Perlu kawalan bersepadu


KUALA LUMPUR: Hanya penguatkuasaan dan kawalan keselamatan yang lebih ketat mampu mematahkan sindiket pengedaran dadah serta pengedaran pistol haram di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata rakyat bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan negara terjamin daripada sebarang anasir jenayah berat.


Berikutan itu, katanya pendedahan mengenai kewujudan sindiket yang membolehkan pistol haram dibawa masuk sangat bermakna dari segi menggalakkan pemerintah menguatkuasakan sistem kawalan lebih bersepadu.


“Selain itu, pendedahan ini juga dapat memberi maklumat kepada rakyat bahawa kejadian begini sememangnya ada berlaku dalam negara dan kita perlulah berhati-hati mengelak daripada terjebak ataupun merisikokan diri orang lain.


Waspada e-mel kerja


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan berwaspada jika menerima kiriman e-mel mengandungi tawaran kerja konon dihantar syarikat petroleum terkemuka kerana dipercayai palsu dan sengaja dihantar untuk tujuan penipuan.

Difahamkan, e-mel itu dikirimkan individu yang menyamar ejen syarikat itu sebelum meminta mangsa membuat bayaran konon bagi kos pengurusan.


Pelbagai jawatan yang tertera dalam kiriman e-mel itu tidak pernah dikeluarkan syarikat berkenaan.



Seorang mangsa dikenali sebagai Tasha, 27, menerima e-mel syarikat itu pada 24 Julai lalu menawarkan jawatan kosong.

Dendam penyamun


KUALA SELANGOR: Akibat tidak puas hati dengan tindakan pemilik kilang membuat laporan polis berhubung kejadian rompakan di kilang miliknya, seorang lelaki bersenjatakan pistol kembali melakukan jenayah sama di premis berkenaan, awal pagi kelmarin.

Kali ini, pelbagai barangan dalam bilik pameran di bahagian depan kilang dilarikan kumpulan lelaki itu dianggarkan bernilai RM76,000. 


Berwaspada dengan pengedaran kek lucah


4,000 suka kek lucah

KUALA LUMPUR: Ramai bimbang terutama ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur perlu berwaspada dengan pengedaran kek dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita yang dijual secara meluas dalam talian termasuk menggunakan facebook (fb).

Kewujudan aktiviti perniagaan kek berkenaan dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan gambar dimuat naik secara terbuka di laman web terbabit. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...