Sabtu, 15 September 2012

Taktik baru curi kereta


Taktik baru curi kereta
BENTONG – Malang buat seorang penduduk Taman Bentong Makmur, dekat sini, apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang diletakkan di dalam garaj rumahnya, dicuri awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian itu disedari mangsa ketika dia ingin keluar bekerja kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, dia tidak menyedari mengenai kejadian itu kerana kali terakhir kenderaan tersebut dilihatnya selepas balik kerja pada petang kelmarin.

“Kejadian dipercayai dilakukan penjenayah pada awal pagi. Berdasarkan siasatan, mereka menggunakan taktik baru dengan mengumpil engsel pagar sebelum mengeluarkan kenderaan daripada garaj.

Nyaris jadi mangsa sindiket gores dan menang


Nyaris jadi mangsa sindiket gores dan menang

KUANTAN – Seorang Suri rumah lega setelah terselamat daripada terus menjadi mangsa bertuah sindiket gores dan menang yang telah menukar modus operandinya kepada ‘buka dan menang’ dalam satu kejadian di salah sebuah pusat membeli-belah dekat sini, 10 September lepas.

Mangsa hanya ingin dikenali sebagai Linda, 38, berkata, dia hampir kehilangan wang sebanyak RM8,900 hasil daripada pemberian kupon oleh seorang lelaki Cina yang memperkenalkan diri sebagai Jimmy hingga membolehkannya memperoleh sama ada kereta mewah, pakej pelancongan atau wang.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah kira-kira jam 4.30 petang apabila saya didatangi lelaki terbabit dan meminta saya membuka satu kupon.

Sekumpulan Lelaki Larikan Mesin ATM Mengandungi RM150,000


SEREMBAN: Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata kejadian antara 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit. "Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Wang gaji kena rompak

Gambar hiasan

IPOH – Empat pekerja warga Bangladesh diserang sekumpulan perompak setelah menerima wang gaji dari majikan berhampiran Perindustrian Silibin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa diserang enam lelaki bersenjatakan botol pecah, topi keledar dan kayu ketika dalam perjalanan pulang ke asrama penginapan berhampiran kilang.

Mangsa, Mohamad Salman, 33, berkata, mereka melalui jalan pintas dikepung kumpulan lelaki berkenaan sebelum diminta menyerah semua barang berharga.

“Mereka memaksa kami menyerahkan wang, jam tangan serta telefon bimbit. Usaha menipu kumpulan itu tidak berjaya apabila kami diugut mahu memukul sehingga mati.

“Seorang rakan saya dilibas dengan botol kaca itu hingga cedera di bahagian leher serta kaki. Mereka turut merampas pasport kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan menerima laporan itu serta menasihatkan majikan berhati-hati mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerja.

Menurutnya, polis sedia bekerjasama atau memberi nasihat berhubung pendekatan keselamatan yang perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.

Kematian seorang anggota polis jadi tanda tanya


Kematian jadi tanda tanya
BAGAN DATOH - Kehilangan anak tunggal akibat nahas jalan raya meruntun jiwa seorang ibu ditambah tiada penjelasan daripada pihak berkenaan punca kematian anaknya yang juga anggota polis di Balai Polis Kota Marudu, Sabah.

Siti Esah Sungib, 62, dari Kampung Tebok Pangkor, Selekoh, di sini, berkata, anaknya, Lans Koperal Samsul Azwan Meorbah, 34, bertugas di Balai Polis Kota Marudu, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 8 Jun lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak mendapat penjelasan mengenai kematian malah pihak berkenaan memintanya bersabar selain menerima kematian anaknya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...