Sabtu, 29 September 2012

Rasuah: Pegawai polis dipenjara 3 tahun, denda RM35,000


TAIPING - Seorang anggota polis berpangkat C/Insp dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah melibatkan wang tunai berjumlah RM7,000, empat tahun lepas.
Hakim Azuar Che Yusof memerintahkan Ng Wei Boon, 37, menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan denda juga perlu dijelaskan hari ini, jika gagal tertuduh boleh dihukum penjara 10 bulan.
Tertuduh yang bertugas di Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping itu didapati bersalah iaitu secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM7,000 daripada Ang Boon Kok supaya tidak mengambil tindakan ke atas Chew Seng Kok yang dikatakan menjalankan kegiatan menjual nombor ekor haram.

Bajet 2013: RM591 juta jayakan usaha kurangkan jenayah


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Usaha menambah bilangan jawatan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara langkah untuk mengurangkan jenayah dengan peruntukan berjumlah RM591 juta disediakan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 1,000 buah motosikal juga akan disediakan dengan peruntukan RM20 juta bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal yang akan ditubuhkan untuk memantau kawasan perumahan.

Jumaat, 28 September 2012

Sudah tahu ada operasi - maklumat bocor


KUALA LUMPUR: Walaupun baru ditubuhkan tidak sampai sebulan, Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) agresif untuk menangani jenayah apabila menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di beberapa pusat urut yang terletak di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Operasi dijalankan selepas LKP JM mendapat aduan daripada orang ramai yang tidak selesa setiap kali mengunjungi pusat beli belah terbabit disebabkan ramai warga asing menawarkan perkhidmatan urutan sehingga mengganggu mereka.


Koperal polis didakwa terima rasuah RM2,500


MELAKA — Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,500 pada Febuari lepas.
Mohd. Darawi Abdul Rahman, 38, yang bertugas di Balai Polis Malim, didakwa menerima rasuah daripada Abu Bakar Ahmad sebagai dorongan tidak melakukan tangkapan bagi kesalahan memiliki dadah jenis Syabu.

Wanita Warga Cina sudah berani menjual VCD/DVD Lucah ditempat awam


IPOH — Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak menahan seorang wanita warga China dan merampas 1,865 keping cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk DVD lucah dalam serbuan di pusat penjaja Lawan Kuda di Gopeng, dekat sini hari ini.
Ketua KDN Cawangan Perak, Zaki Mohamad berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika sedang menjual DVD tersebut kepada orang ramai di pusat penjaja berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...