Isnin, 10 Disember 2012

Mayat lelaki ditemui di dalam guni di Kajang

Gambar hiasan

KAJANG — Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam keadaan reput di dalam guni di tebing Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa dipercayai berumur lewat 30-an itu ditemui orang awam pada 6.30 pagi sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada polis.
"Mayat mangsa dijumpai berseluar jeans dan berbaju lengan pendek. Polis turut menemui tali nilon biru yang terungkai ikatannya, disyaki digunakan untuk mengikat mayat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Beliau berkata, dua guni digunakan untuk membungkus mayat itu.
Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu yang kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. — BERNAMA

Peniaga diserang dua lelaki


Peniaga diserang dua lelaki
PORT DICKSON – Seorang peniaga cedera parah selepas diserang dua lelaki dengan parang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mangsa, Lim Hoon Pheng, 54, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja menutup kedai yang diusahakannya dan mahu pulang ke rumah di Taman Kian Yap sekitar 6.20 petang kelmarin.

“Ketika menunggang motosikal, saya ditahan dan diserang dua lelaki yang menunggu di tepi jalan menuju ke rumah saya.

“Saya cuba mengelak namun tidak berjaya menyebabkan tangan serta kaki kiri cedera. Dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas saya menjerit,” katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, Hoon Pheng dihantar menerima rawatan di Hospital Port Dickson (HPD) sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut akibat kecederaan parah yang dialami.

Dakwaan Rogol Hanya Tohmahan - Timb Ketua Polis P.Pinang

Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya kepada Bernama, di sini.

Ahad, 9 Disember 2012

Lapan Kakitangan Kuin Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Pecah Amanah


ALOR SETAR: Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi ini.
Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.
Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Sabtu, 8 Disember 2012

Suri rumah ditikam pencuri


Suri rumah ditikam pencuri
IPOH - Seorang suri rumah menerima 15 jahitan di lengan kirinya selepas ditikam seorang pencuri yang memecah masuk kediamannya di Taman Pengkalan Barat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Siew Lin (bukan nama sebenar), 32, yang sedang menonton televisyen sendirian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di bahagian atas rumahnya.

Menurutnya, seorang lelaki tidak berbaju memecah masuk rumahnya melalui siling di salah satu bilik rumahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...