Rabu, 2 Januari 2013

Premis judi tawar cabutan bertuah


KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian tidak pernah berhenti menggunakan pelbagai taktik untuk menarik kaki judi terus menghabiskan wang di premis mereka.

Terbaharu, sebuah premis judi internet di Jalan Pasar Sentul di sini didakwa menawarkan cabutan bertuah yang mempertaruhkan sebuah motosikal jenis Honda sebagai hadiah utama selain wang RM300.

Caranya senang sahaja. Belanja sekurang-kurangnya RM50 di pusat judi itu dan secara automatik kaki judi akan diberi kupon untuk menyertainya.

Tiga Sekeluarga Ditemui Mati Di Pengerang


JOHOR BAHARU: Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, polis menemui mayat seorang lelaki berumur 60 tahun, isterinya yang berumur 57 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia lingkungan 20-an di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Mekanik Ditemui Mati Dalam Bengkel

Gambar hiasan

BUTTERWORTH: Seorang mekanik ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala di sebuah bengkel membaiki dan mengetuk kenderaan di Kampung Benggali, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.
Mayat Som Phong a/l Ai Nom, 31, yang berketurunan Siam dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah ditemui majikannya pada pukul 12.30 tengah hari Selasa. "Pada mulanya majikannya terdengar suara orang bergaduh di bengkel tersebut yang terletak bersebelahan pejabatnya.
"Selang beberapa minit kemudian, suara bising itu tidak lagi kedengaran.

Selasa, 1 Januari 2013

Laporan polis melalui 'online'


Laporan polis melalui 'online'
KOTA BHARU - Polis Kelantan bersedia menerima aduan masyarakat melalui laporan polis dalam talian (online) yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik di samping memudahkan pasukan menjalankan siasatan dengan lebih efisien.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, beliau menyambut baik pelaksanaan portal terbabit yang dapat membantu meningkatkan mutu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Portal berkenaan yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu juga turut memberikan kemudahan kepada masyarakat membuat laporan secara terus tanpa perlu datang ke balai polis dengan hanya melayari internet.

Mahu siasatan dilakukan segera


Mahu siasatan dilakukan segera
GUA MUSANG – Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Kelantan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang petang semalam, bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu tanah di kawasan Hutan Simpan Sungai Relai, dekat sini.

Mereka dari Persatuan Belia 4B Gua Musang, Majlis Belia Felda Kelantan dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diwakili pengerusi persatuan masing-masing kecuali Pemuda Umno diwakili Ahli Jawatankuasa (AJK) pemuda bahagian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...