Jumaat, 12 April 2013

Peniaga Kedai Runcit Maut Ditetak Di Puchong


PETALING JAYA: Seorang pemilik kedai runcit maut selepas diserang sekumpulan lapan lelaki dalam satu kejadian di Batu 14,Puchong dekat sini, malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam insiden kira-kira 8 malam itu, P.Thangavellu Radhakrishnan, 25, maut di tempat kejadian selepas ditetak di kepala.
Turut cedera seorang peniaga burger serta dua pelanggan yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Serdang.
Yahaya berkata ketika kejadian, suspek yang memakai topeng 'ski' tiba di tempat kejadian dengan dua kenderaan sebelum menyerang mangsa, yang ketika itu bersendirian.

Datuk Rashid Harun Dilantik Komander PDRM Esscom


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berkuatkuasa Jumaat, 12 April. SAC Abd Rashid, akan memangku pangkat DCP.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata, Abd Rashid adalah antara 12 pegawai kanan polis yang diumum bertukar atau dinaikkan pangkat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.

PRU-13: Ketua Polis Daerah Diingat Tidak Sebelahi Mana-Mana Pihak - Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya sentiasa meletakkan asas penugasan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak terutama dalam menangani situasi semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Menerusi laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata ini penting ke arah menjaga integriti pasukan.
"Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu menjamin keamanan serta keselamatan dan secara langsung menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal," katanya.
Ismail meminta semua peringkat jabatan dan kontinjen memastikan kesiapsagaan perancangan, keperluan logistik dan komunikasi berada di tahap terbaik dalam memastikan PRU13 berjalan lancar.
"Anggota polis yang bertugas juga diminta sentiasa profesional dalam menghadapi sebarang situasi dan cabaran yang bakal dihadapi kelak," katanya.-BERNAMA

Khamis, 11 April 2013

Wanita dakwa barang kemas RM50,000 arwah ibu disimpan polis hilang


KUANTAN -  Seorang wanita hari ini membuat laporan polis selepas mendapati barangan kemas bernilai lebih RM50,000 milik keluarganya yang dijadikan bahan bukti dalam kes pembunuhan ibunya pada 1999 hilang dalam simpanan polis.

Tuan Rozita Tuan Kechil, 46, berkata barangan kemas itu berupa seutas rantai leher bermutiara, sepasang subang, seutas loket, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang didakwanya hilang selepas disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Tuan Rozita telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 15 September  lalu serta menghubungi Pegawai Penyiasat kes berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

PDRM SEDIA HADAPI PRU-13


CHERAS, 11 MAC – Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya sentiasa meletakkan asas penugasan polis untuk bertindak tanpa menyebelahi mana-mana pihak pada sepanjang masa, termasuklah di musim PRU-13. 

Ini, kata beliau, adalah penting sebagai tonggak integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu untuk menjamin keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal,” ujar beliau. 

Namun, beliau menjelaskan kerancakan kempen mengenai ideologi politik boleh menyebabkan ancaman kepada ketenteraman awam, sama ada menjelang, sewaktu atau selepas pilihan raya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...