Sabtu, 14 Jun 2014

Deposit Haram: Pengarah urusan, isteri dipenjara


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang pengarah urusan manakala isterinya dihukum penjara empat tahun kerana mengambil deposit daripada orang ramai secara haram antara 2006 dan 2007. 

Syarikat milik mereka, Jai Network System Sdn Bhd, pula didenda RM3 juta bagi kesalahan sama.

Hakim Noradida Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Datuk Jailani Jabar, 48, dan Datin Latifah Taib, 47, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hukuman itu dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh atas dasar menjaga kepentingan orang awam melebihi kepentingan peribadi, serta mengelak ia menjadi lebih serius jika tidak dibendung," katanya.

Anggota TLDM antara ditahan terbabit militan


KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah antara tiga rakyat tempatan ditahan polis di Sandakan hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, suspek berusia antara 29 dan 31 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Beliau berkata, seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina, sejak 22 April lalu.

"Suspek menyusup masuk ke Malaysia secara haram pada 11 Jun lepas dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rabu, 11 Jun 2014

Mayat lelaki berbungkus cadar dalam longkang

Gambar hiasan
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki dibungkus dalam cadar dipercayai warga asing ditemui di dalam longkang di tepi kawasan tapak pembinaan di Penang Science Park, Juru di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Supt Baharom Abu berkata, mayat dibungkus cadar bercorak kotak-kotak warna biru muda ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada 11.44 pagi semalam. 
"Ketika ditemui mayat itu dibungkus dengan cadar. Bahagian kepala dan kaki diikat. Keadaannya seperti sudah dikafankan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Selasa, 10 Jun 2014

PENCURI TIDAK MENGENALMANGSA


HULU TERENGGANU - Malang tidak berbau. Demikian situasi dialami Imam 1 Masjid Kampung Butut dan seorang makmum apabila kereta diparkir di pekarangan masjid berkenaan, dipecah pencuri ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh, semalam.

Bagaimanapun, kejadian tersebut hanya diketahui imam berkenaan, Ramly Jusoh, 60 dan makmum, Syed Ibrahim Syed Hitam, 77, kira-kira jam 6.45 pagi setelah dimaklumkan jemaah lain selepas selesai tazkirah Subuh.

Difahamkan, kes pecah masuk kenderaan pertama kali berlaku di masjid berkenaan memandangkan selama ini, hanya tabung masjid yang kerap menjadi sasaran pencuri. Kejadian pertama babitkan pecah kenderaan

Ramly berkata, beliau tersentak apabila dimaklumkan kereta Mercedes Benz miliknya yang diparkir di tempat khusus untuk imam, dipecah masuk apabila jemaah ternampak kaca bertaburan dengan keadaan cermin pintu sebelah kiri bahagian hadapan pula pecah.

Isnin, 9 Jun 2014

JURUTEKNIK SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN DISYAKI LARIKAN RM235,000

Gambar hiasan
Ipoh, 8 Jun - Polis menahan seorang juruteknik syarikat kawalan keselamatan di sini kelmarin kerana disyaki melarikan wang tunai RM235,000 ketika memungut wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di sekitar Ipoh dan Kampar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad berkata suspek yang berumur 23 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang, selepas pengurus syarikat berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu Rabu lepas.

Beliau berkata susulan daripada tangkapan itu, pada hari yang sama, pemeriksaan dijalankan di kawasan hutan terpencil di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar dekat Kampar di sini, dan menemui RM210,000 daripada jumlah keseluruhan wang yang dilarikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...