Isnin, 15 September 2014

Dua Beranak Berdepan 420 Pertuduhan Seleweng 12 Juta Liter Minyak Subsidi


ALOR SETAR: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas 420 pertuduhan menyeleweng minyak bersubsidi berjumlah 12,286,347 liter membabitkan nilai RM24.6 juta tahun lepas.

Lim Ah Hua, 70, dan anak lelakinya, Lim Heap Hoe, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Ibrahim Osman.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes.


Mereka masing-masing berdepan 140 kesalahan individu membabitkan 137 pertuduhan gagal menyediakan penyata jualan kepada pembeli sejurus selesai jualan barang berjadual, dua pertuduhan gagal menyelenggara buku stok seperti yang disyaratkan dan satu pertuduhan menjual kepada pihak yang tidak dibenarkan selaku pemborong.


Penoreh Getah Ditemui Mati Dibunuh

Gambar hiasan
TAMPIN: Seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah disyaki dibunuh di sebuah kebun getah di Ladang 300 Ekar, Air Kuning Selatan dekat sini, pagi Ahad.
Mayat K. Arumugam, 50, ditemui pada kira-kira 2 pagi oleh majikannya dengan kesan luka di bahagian kepala dan belakang badan serta muka berdarah.
Selain itu, terdapat kesan tompokan darah kira-kira 10 meter dari mangsa.

Jumaat, 12 September 2014

Empat lelaki bersenjatakan parang samun empat sekeluarga

ROMPIN - Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun empat sekeluarga selepas memecah masuk sebuah rumah kongsi di ladang pisang berhampiran Kampung Kedaik dekat Rompin lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, penjenayah berkenaan turut mengikat mangsa seorang wanita berketurunan Orang Asli berusia 56 tahun bersama tiga lagi anggota keluarganya.

Suami isteri warga Indonesia ditemui mati di ladang


NILAI - Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul dalam rumah mereka di sebuah ladang buah di Kampung Gebok, Mantin di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 itu, pasangan berusia lingkungan 30-an tersebut dijumpai oleh pasangan peniaga buah naga semasa mereka tiba untuk mengambil buah di ladang berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan. - KOSMO!

Polis Marin tumpas kegiatan seludup rokok di Batu Pahat


JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok pelbagai jenis, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, malam tadi.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata sehubungan dengan itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia linkungan 23 hingga 39 tahun dalam tangkapan pada pukul 11.30 malam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...