Sabtu, 11 Oktober 2014

Bajet 2015: Peruntukan sebanyak RM9.1 billion memantapkan keupayaan dan kapasiti PDRM


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menganggap peruntukan sebanyak RM9.1 billion dalam Bajet 2015 dapat memantapkan keupayaan dan kapasiti pasukan keselamatan itu dalam memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan malam ini berkata penambahan sebanyak 11,757 penjawatan anggota polis dan sebanyak 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pasti akan membantu pasukan itu dalam usaha memerangi jenayah lebih berkesan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Lelaki parah ditembak


Butterworth: Seorang lelaki berusia 30-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri akibat parah selepas ditembak dalam kejadian di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Taman Perusahaan Mak Mandin Butterworth, 9 pagi tadi.
Ketika kejadian orang ramai melalui kawasan itu merasa curiga selepas melihat mangsa terbaring di sebelah motosikalnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

Pemandu teksi ditemui mati


Batu Pahat: Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan badan dan kepalanya di dalam longkang di belakang deretan kedai di Taman Sentang Jaya, Parit Sulong di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Tee Tiam Soon, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Wanita warga Indonesia mati tangan terikat


Nilai: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan tangan terikat ke belakang di Flat D Taman Semarak Nilai, di sini, jam 2 petang tadi.
Namun pihak polis masih tidak mengetahui indentiti sebenar mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui di rumah flat empat tingkat berkenaan.

PENJUAL VCD MAUT KENA SEMBILAN TIKAMAN


KUANTAN, 8 Okt (Bernama) -- Seorang peniaga cakera padat maut akibat ditikam sembilan kali di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad 6 dekat sini tengah malam tadi.
Mangsa Thong Kong Wai, 39, berasal dari Tapah, Perak mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata mangsa pergi ke restoran itu bersama dua rakannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...