Khamis, 1 Januari 2015

Pencuri ambil kesempatan banjir di Kelantan sangat dikesali


KOTA BHARU - Beberapa individu tidak bertanggungjawab didakwa mengambil kesempatan banjir besar di negeri ini dengan memecah masuk pasar raya dan premis perniagaan.

Lebih mengejutkan apabila kejadian itu melibatkan remaja 14 tahun sehingga golongan dewasa berumur 40 tahun yang melarikan bekalan makanan serta barangan keperluan lain.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima 39 laporan iaitu 37 laporan melibatkan kecurian, sementara dua lagi membabitkan penyebaran maklumat palsu.

JURUTERBANG DAN KRU HELIKOPTER PDRM STABIL


Tanah Merah, 1 Jan - Empat mangsa kemalangan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tanah Merah.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA), SDCP Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim meluangkan masa melawat mereka di sini pagi tadi.

Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan tersebut ialah Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Mazlan Lazim, Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), SAC Dato' Kamaruzaman Md Jan dan pegawai-pegawai PGU.

Ahad, 28 Disember 2014

Mayat Warga Asing Ditemui Di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Satu mayat warga asing yang hanya berkain pelekat ditemui berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Gajah Mati menghala ke Junjung di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 30-an itu tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui pukul 1.45 tengah hari oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah dikesan. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar


KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.


Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Jumaat, 26 Disember 2014

Dua Mayat Lelaki Warga Asing Dijumpai dibunuh


BUKIT MERTAJAM, 25 Dis (Bernama) -- Dua mayat lelaki dipercayai warga asing dijumpai secara berasingan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R. Gunarajan berkata mayat lelaki pertama ditemui orang awam pada 10.57 pagi dalam keadaan pergelangan tangan kanannya dikerat dan dipercayai dibunuh di tempat lain.

"Mangsa yang berusia 30-an dipercayai telah mati dalam tempoh tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berulat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...