Khamis, 1 Januari 2015

Pencuri ambil kesempatan banjir di Kelantan sangat dikesali


KOTA BHARU - Beberapa individu tidak bertanggungjawab didakwa mengambil kesempatan banjir besar di negeri ini dengan memecah masuk pasar raya dan premis perniagaan.

Lebih mengejutkan apabila kejadian itu melibatkan remaja 14 tahun sehingga golongan dewasa berumur 40 tahun yang melarikan bekalan makanan serta barangan keperluan lain.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima 39 laporan iaitu 37 laporan melibatkan kecurian, sementara dua lagi membabitkan penyebaran maklumat palsu.


“Seramai 108 suspek ditahan berhubung kecurian di negeri ini, selain dua suspek lagi dikenal pasti menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian banjir di negeri ini.

“Tangkapan kes kecurian dilakukan di sekitar Tanah Merah dan Kota Bharu, selain beberapa tempat lain termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Pasir Puteh serta Bachok” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...