Rabu, 14 Januari 2015

Kasino mini Untuk anak VIP sahaja


Kuala Lumpur: Bukan pelanggan biasa, tetapi golongan hartawan dan anak orang kenamaan (VIP) menjadi pengunjung ‘kasino mini’ di sebuah kondominium mewah di Jalan SS7/26 Kelana Jaya yang diserbu polis, baru-baru ini.
Serbuan dilakukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) jam 12.15 tengah malam pada 10 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, siasatan polis mendapati kasino mini itu mula beroperasi beberapa bulan lalu dan penganjurnya dikatakan mampu memperolehi keuntungan hampir RM100,000 sebulan.

“Dalam operasi itu, dua lelaki tempatan dipercayai penganjur perjudian berusia antara 21 dan 24 tahun, serta 16 pelanggan berusia 18 sehingga 30 tahun ditahan.
“Hasil soal siasat, beberapa pelanggan didapati berstatus hartawan dan ‘pelajar’ yang anak kepada VIP,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...