Isnin, 9 Mac 2015

Anak Isa Samad Antara Dua Ahli Perniagaan Direkod Keterangan


PETALING JAYA: Dua ahli perniagaan termasuk anak lelaki Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung urusniaga sebuah hotel di London.

Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak ditahan bagaimanapun keterangan mereka direkod untuk membantu siasatan.
"Mereka dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan," kata sumber itu lagi.

Nik Nazmi Ditahan Lagi


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan semula oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata Nik Nazmi dipanggil ke balai polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

"Kami mengambil keterangan sebelum menahannya bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan pada Sabtu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ini merupakan kali kedua Nik Nazmi ditahan pada tahun ini kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Sabtu, 7 Mac 2015

Lelaki Anggota 'Geng 18' Maut Ditembak


KLANG: Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda, dekat sini.
Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.

Polis ambil keterangan wakil rakyat DAP

Gambar hiasan
GEORGE TOWN, 6 Mac: Polis hari ini merekod keterangan Ahli Parlimen Tanjong daripada DAP, Ng Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa berunsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948.

“Kami rekod keterangan beliau untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Terdahulu, Ng dilihat memberi keterangan selama hampir dua jam, bermula jam 4.05 petang kepada pegawai penyiasat, ditemani peguam, Ramkarpal Singh Deo di pusat khidmatnya, di Jalan Anson.

Jumaat, 6 Mac 2015

Lelaki parah ditetak di George Town

Gambar hiasan
GEORGE TOWN, 5 Mac: Seorang lelaki parah ditetak dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan, di Pengkalan Weld, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa dilihat berbual dengan sekumpulan lima hingga tujuh orang, sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang dan menyerangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...