Rabu, 12 Oktober 2016

POLIS PANTAU PENGARUH DAESH DI UNIVERSITI LABUAN

Labuan, 12 Oktober 2016 - Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Hadzeer mengingatkan anggota polis di pulau bebas cukai ini supaya mempertingkatkan pemantauan terhadap pengaruh kumpulan militan Daesh dan pengganas Sulu dalam kalangan pelajar di University Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Beliau berkata ini berikutan kajian yang mendapati antara tujuh dan 10 peratus mahasiswa menyokong Daesh manakala dua peratus lagi Bersetuju untuk 'menyumbang' kepada apa yang didakwa sebagai perjuangan pengganas Sulu.

"Dapatan ini mencetuskan kebimbangan dan tidak seharusnya diambil mudah oleh polis," katanya ketika melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Labuan semalam.

Sabtu, 8 Oktober 2016

DALANG MEMBOCORKAN MAKLUMAT DIKENALPASTI

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengenal pasti anggota keselamatan yang mungkin menjadi dalang membocorkan maklumat berhubung operasi pasukan keselamatan di kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya, sehubungan itu, satu operasi khas telah dijalankan di kawasan perairan itu sejak semalam dan berjaya menahan lebih 10 orang terdiri daripada penduduk tempatan dan pendatang dari Selatan Filipina.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat di Bukit Aman di sini, hari ini.

Ahad, 3 Julai 2016

Kuala Terengganu: Pesara kerajaan rugi RM200,000 ditipu sindiket

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan kerugian hampir RM200,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan penghantaran bungkusan palsu yang disyaki didalangi warga Afrika baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superitendan Koh Ah Tiam berkata, mangsa yang membayar amaun tersebut menerusi tujuh transaksi antara 17 Jun dan 23 Jun lalu hanya menyedari dirinya tertipu dan membuat aduan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada semalam.

Rabu, 29 Jun 2016

DADAH RM 4.7 JUTA DALAM ALAT SUKAN ‘AB CIRCLE PRO’.

SHAH ALAM, 28 Jun - Helah menyorokkan dadah dalam peralatan sukan "Ab Circle Pro" gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Amran bin Ramli dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, tangkapan pertama dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sepang dan Polis Kontinjen Selangor ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah Kondominium di Cyberjaya , Selangor pada 23 Jun lalu. 

Hasil pemeriksaan pihak polis berjaya menjumpai tiga beg palstik, dipercayai dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM 60,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...