Kuala Lumpur, 27 November 2020 – Syarikat British American Tobacco
(BAT) Malaysia berbesar hati menyumbangkan sebanyak 12 buah
dron sebagai aset tambahan kepada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan tugas pemantauan keselamatan di
sempadan negara.
Pengarah pengurusannya, Mr.
Jonathan Darlow Reed berkata, ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat dalam membantu
pihak penguat kuasa menjaga keselamatan negara, sekaligus mengekang penularan
COVID-19 daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan oleh pendatang asing
tanpa izin (PATI).
Penyerahan dron yang berlangsung dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman petang tadi, disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji
Abdullah Sani.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Acryl Sani menzahirkan penghargaan atas keprihatinan
BAT Malaysia menyumbang aset dron berteknologi tinggi yang bernilai RM467,000.
“Dengan ciri-ciri hebat yang terdapat di dalam dron tersebut, PDRM mampu untuk
meningkatkan kecekapan dan mengawal sempadan negara dengan lebih berkesan.
“Semoga jalinan kerjasama antara PDRM dengan BAT Malaysia ini dapat membanteras
lebih banyak aktiviti jenayah pada masa hadapan,” ujar beliau.
Turut hadir dalam majlis tadi adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah
KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Timbalan Pengarah
KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, delegasi BAT Malaysia
dan para pegawai kanan PDRM.
#StayHome #BeSafe
#Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sabtu, 28 November 2020
#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG BAT MALAYSIA SUMBANG 12 DRON BERNILAI RM467 RIBU KAWAL SEMPADAN NEGARA
Selasa, 1 September 2020
KEGIATAN AH LONG @ CETI HARAM PERLU DIBENTERAS HINGGA KE AKAR UMBI
JOHOR BAHRU - Polis sudah membuka 398 kertas siasatan melibatkan kes ah long atau ceti haram yang bertindak ganas terhadap peminjam di negeri ini dari Januari hingga bulan lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 118 disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor manakala 280 lagi disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor.
"Sebelum tangkapan dari Januari hingga Ogos lalu, lapan individu terlibat kegiatan ah long telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) yang dikenakan tahanan dan pengawasan.
"Kebanyakan mereka yang meminjam ah long adalah mereka yang kuat berjudi selain mahu membuka perniagaan tetapi perniagaan tidak berjaya. Akibat daripada perbuatan peminjam ini, ahli keluarga mereka mendapat kesannya.
"Kita menerima banyak aduan orang awam, rumah disimbah cat merah dan dibaling cocktail kerana ada ahli keluarga mereka meminjam dengan ah long tetapi gagal membayarnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Terdahulu, Ayob menyempurnakan Majlis Penyerahan 35 Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8 S di Padang Kawad IPK Johor di sini.
Turut hadir,
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua JSJ Johor, Senior
Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad
Ayob berkata, pihaknya percaya banyak kes membabitkan ceti haram tersebut tetapi tidak dilaporkan kepada polis atas sebab tertentu.
Katanya, polis Johor masih meneruskan siasatan dan operasi untuk MENJEJAKI DALANG DI SEBALIK KUMPULAN ATAU SINDIKET AH LONG SECARA BERSEPADU di antara pihak JSJ dan JSJK negeri.
Ditanya adakah Johor menjadi transit utama kegiatan ah long susulan penangkapan 12 suspek pada 15 Ogos lalu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, beliau berkata, SIASATAN RAPI SEDANG DIJALANKAN.
Menurutnya, IPK Johor juga akan berhubung dengan polis Singapura berhubung dakwaan ah long di Johor bekerjasama dengan ah long di republik tersebut dalam mencari dan memerangkap mangsanya.
"Polis Johor menasihatkan orang awam supaya tidak membuat pinjaman atau berurusan dengan ah long atau pemberi pinjam wang tanpa lesen sebaliknya menggunakan perkhidmatan institusi perbankan yang berlesen dan berdaftar," katanya.
Artikel Penuh: KLIK DISINI