PETALING JAYA - Seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai MEROGOL DUA WANITA WARGA
MONGOLIA di sebuah hotel di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
berkata, pegawai berpangkat
inspektor berusia 30 tahun itu
dipercayai berbuat demikian selepas menahan wanita terbabit di sekatan jalan
raya (SJR) di daerah ini sebelum dibawa ke hotel berkenaan.
Menurutnya, hasil maklumat berjaya
menyelamatkan dua wanita
berusia 20 dan 37 tahun di
hotel terbabit.
"Mangsa yang tidak memiliki dokumen
perjalanan yang lengkap itu sudah menjalani
pemeriksaan, ketika ini mereka diletakkan di bawah penjagaan D11 (Bahagian
Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Petaling Jaya.
"SUSPEK KINI DIREMAN
SELAMA LIMA HARI," katanya ketika ditemui pemberita di SJR PJU
7/1, Mutiara Damansara, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol.
Katanya, beliau mengambil kesempatan
ini menzahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku namun akan mengambil
tindakan sekeras-kerasnya mengikut undang-undang sedia ada.
Rujukan:
KLIK DISINI