Sabtu, 19 Mei 2012

PAS umpan pegawai polis untuk pulihkan imej


Post Pic
KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dikatakan sedang berusaha menarik seorang pegawai kanan polis atau yang telah bersara menyertai parti itu dalam cubaan terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan anggota polis sendiri.
 
Agenda terbaru itu berpaksi kepada memperbaiki semula imej parti itu sususlan tindakan Unit Amal PAS menggunakan kekasaran terhadap polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, kata sumber-sumber dalaman PAS.

Parti itu juga terdesak untuk menjernihkan hubungannya dengan polis dan pengundi Melayu amnya setelah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pemimpin komunis Indera atau Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan yang dizalimi oleh polis dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950.
 
Kenyataan Mohamad Sabu itu dibuat Ogos tahun lalu, namun ianya masih mencerna kemarahan di kalangan pejuang kebangsaaan dan anggota pasukan keselamatan.

“PAS mendapati kenyataan Mohamad Sabu masih menimbulkan kemarahan di kalangan anggota polis, pesara pasukan keselamatan dan pejuang nasionalis serta keluarga mereka sehingga hari ini.

Kenyataan itu menjadi duri dalam daging dalam usaha PAS membaiki imejnya,” sumber-sumber itu memberitahu Antarapos.com.

“Ekoran kenyataan Mat Sabu itu, kami dilihat sebagai parti yang menyokong idealisma komunis dan tidak menghormati pejuang-pejuang Melayu yang gugur di Bukit Kepong mahupun pasukan keselamatan negara sendiri,” tambah sumber itu lagi.
   
Mat Indera  adalah pemberontak yang mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.  

Beberapa penganalisis menegaskan perjuangannya tidak boleh disamakan dengan tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan Tok Gajah.

Ketika PAS berhadapan dengan kemarahan orang Melayu susulan kenyataan tersebut, parti itu terpaksa berdepan dengan kemelut baru.

Rakaman video menunjukkan Unit Amal PAS bertindak ganas terhadap anggota polis semasa BERSIH 3.0 di ibu negara bulan lalu.


Dalam kejadian di Jalan Ampang, anggota keselamatan PAS berbaju merah merempuh kawalan polis untuk membolehkan penunjuk perasaan BERSIH mara ke Dataran Merdeka.

Walaupun insiden itu dinafikan oleh PAS, rakaman kejadian itu memburukan imej PAS dan layanan parti itu terhadap anggota keselamatan yang menjalankan tugas.  

“Justeru, kini timbul usaha PAS untuk mencari seorang pegawai kanan polis yang telah bersara. Beliau diharapkan akan berupaya untuk “melembutkan” hati pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” kata sumber parti.

“Ini strategi yang dicadangkan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri untuk menutup angkara Mohamad Sabu dan insiden Bersih itu,” tambah sumber berkenaan.
 
Bagaimanapun menurut sumber itu, kecaman-kecaman PAS terhadap pasukan polis masih berterusan hingga sekarang.

Beberapa klip video di Internet menunjukkan pemimpin-pemimpin seperti yang di Pertua PAS Gombak Salahuddin Nasir mencaci anggota polis dengan panggilan anjing, kurang ajar dan tanpa akhlak.

Justeru, sumber itu berkata, taktik terbaru PAS untuk membaiki imejnya dengan mengumpan pegawai polis besara menyertai parti itu, dikhuatiri tidak akan membuahkan hasil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...