Khamis, 21 Jun 2012

13 motosikal terbakar di Flat PPR Sungai Bonus


KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 13 motosikal dilaporkan hangus terbakar di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini awal pagi tadi yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi dan pihak bomba yang menerima maklumat dari orang awam tiba lima minit kemudian.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dengan kekuatan satu jentera bomba bersama tujuh anggota," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata motif sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih lagi disiasat. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...