Ahad, 29 Julai 2012

Bangsar Sifar Jenayah Jalanan Sejak 2 Hari Lepas - Polis

Gambar hiasan - Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari 
Operasi Pencegahan Jenayah atau 'Ops Tawan' perlu dilaksanakan atau dijalankan di semua daerah-daerah Semenanjung. Daerah besar seperti Brickfields, Dang Wangi dsbnya, tidak dinafikan penurunannya, oleh kerana tindakan-tindakan bersepadu yang dijalankan setiap hari dengan kehadiran ramai anggota-anggota PDRM, melakukan rondaan jalanan.

Namun begitu tindakan-tindakan susulan ataupun maklumat-maklumat positif perlu diperolehi oleh detektif daripada masyarakat disekeliling bagi mengekang peningkatan jenayah. 

Kemesraan dengan masyarakat perlu diperhebatkan lagi dengan melibatkan diri  secara langsung atau tidak langsung sebagaimana yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan - 'Komuniti 1Malaysia' atau 'Community Policing' perlu diperkemaskan lagi. Insyallah akan tercapai hasrat yang dihajati.

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Operasi Pencegahan Jenayah atau 'Ops Tawan' yang dijalankan di sekitar Bangsar di sini nyata berkesan apabila tiada kejadian jenayah dilaporkan berlaku di kawasan itu sejak 48 jam lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata operasi itu, yang dimulakan sejak hari pertama Ramadan, disertai 90 anggota polis dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Beliau berkata sejak Januari lepas, sebanyak 23 kes jenayah jalanan antaranya seperti kes ragut, samun, pecah kereta dan pecah rumah dilaporkan.

"Operasi ini akan diteruskan sehingga kadar jenayah reda dan masyarakat berasa selamat di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota polis yang menyertai 'Ops Tawan' di sini.

Wan Abdul Bari berkata kesemua anggota polis itu akan dibahagikan kepada kumpulan empat orang untuk melakukan rondaan jalanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...