Jumaat, 6 Julai 2012

Kabin Timbang Sawit Kerugian RM18,000 Dalam Kejadian Samun Bersenjatakan Pistol


KUANTAN, 5 Julai (Bernama) -- Sebuah kabin tempat menimbang buah kelapa sawit di Kampung Pulau Chegal, mukim Jenderak dekat Temerloh kerugian RM18,000 dalam kejadian samun oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pistol dan parang.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, kejadian berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam itu apabila penyelia kabin itu yang bersendirian ketika itu didatangi tiga lelaki, manakala tiga lagi suspek berkawal di luar kabin.

"Tiga suspek memasuki kabin berkenaan yang dijadikan pejabat itu, salah seorang daripada mereka mengacukan sepucuk pistol ke perut mangsa manakala seorang lagi suspek meletakkan parang ke lehernya.

"Suspek kemudiannya mengambil semua wang tunai yang ada di dalam laci sebelum melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta jenis Iswara berwarna putih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Polis turut mengedarkan fotofit dua daripada enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya. -- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...