KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub 
Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara 
(NKRA) khusus dalam menangani isu-isu keselamatan negara.
Beliau 
menggantikan Datuk Abu Samah Mat yang kini memegang jawatan Timbalan Pengarah 
Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan).
Ketua Polis Negara Tan 
Sri Ismail Omar berkata pelantikan Ayub adalah berdasarkan pengalamannya yang 
luas dalam bidang pencegahan dan penyiasatan jenayah serta pernah memegang 
jawatan ketua polis Melaka dan Terengganu.
"Kolaborasi itu turut 
melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Unit Pengurusan Prestasi dan 
Pelaksanaan (Pemandu)," katanya dalam kenyataan di sini.
NKRA Pengurangan 
Jenayah dikendalikan Pemandu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), diketuai 
oleh seorang pengarah yang peranannya tidak membabitkan proses mengumpulkan 
perangkaan jenayah.
 
