BENTONG – Dua kejadian samun berkumpulan dilaporkan berlaku dalam tempoh lebih kurang satu jam di lokasi berbeza iaitu di Taman Kenanga, Karak dan Kampung Bukit Tinggi pagi semalam.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 7.05 pagi di Taman Kenanga, sekeluarga mengalami kerugian hampir RM5,000 apabila barang kemas, wang tunai dan televisyen dikebas penyamun.
Menurut Lim Goke Lan, 55, suaminya keluar menghantar cucu berusia lapan tahun ke sekolah kira-kira jam 7 pagi dan tidak lama kemudian dia terdengar bunyi seseorang mengetuk pintu bertalu-talu di bahagian hadapan rumah.
“Saya sangka suami sudah pulang dan ketika membuka pintu saya ternampak tiga lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang.
Goke Lan berkata, dia bersama ibu mentua berusia 81 tahun diminta masuk ke dalam sebuah bilik sementara seorang cucunya berusia lima tahun yang sedang tidur pula diminta terus tidur oleh penyamun itu.
Menurutnya, seorang lelaki bertindak menjaga mereka berdua manakala dua lagi menggeledah lima bilik yang ada untuk mencari barangan berharga.
“Selepas hampir 15 minit menggeledah rumah, mereka meninggalkan kami dalam bilik dan kemudian terus melarikan diri. Selepas menyedari keadaan selamat, saya terus mengambil telefon untuk menghubungi suami,” katanya penyamun dipercayai mengumpil pintu pagar automatik rumahnya sebelum bertindak mengetuk pintu hadapan untuk masuk dalam rumah.
Berita selanjutnya sila KLIK DISINI