Rumah ahli korporat ditembak suspek bertopeng
Gambar hiasan |
PETALING JAYA — Polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di rumah seorang ahli korporat setelah seorang suspek memakai topeng melepaskan tembakan secara rawak ke arah rumah ahli korporat itu dalam kejadian di Subang Jaya SS19, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Tan Ah Chua berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa bersama keluarganya, dua orang tetamu dan tiga pekerja sedang tidur.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek memakai topeng dilihat melepaskan 10 das tembakan secara rawak dan mengakibatkan kerosakan ke arah dua buah kereta mewah serta kesan tembakan pada dinding manakala tingkap rumah pecah.— BERNAMA