Isnin, 24 September 2012

Cubaan 3 lelaki rompak mesin ATM gagal


SABAK BERNAM — Tiga penjenayah berputih mata setelah gagal merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di luar pintu masuk utama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, kesemua lelaki bertopeng berkenaan melarikan diri setelah gagal memecahkan tempat simpanan wang.
"Kumpulan penjenayah itu memasuki bilik kecil yang menempatkan sebuah mesin ATM sebelum memecahkan tempat simpanan wang menggunakan alat kimpalan.
"Setelah mencuba, mereka masih gagal mengopak tempat simpanan wang itu menyebabkan mereka melarikan diri dengan peralatan yang digunakan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.— BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...