Ahad, 30 September 2012

Kejutan lepas solat Subuh berjemaah

Gambar hiasan

JALAN BUNGA RAYA (DUNGUN)  – Sepasang suami isteri yang baru pulang daripada menunaikan solat Subuh berjemaah terkejut sebaik mendapati ruang tamu rumah mereka berselerak.

Mereka mengesyaki kediaman dimasuki pencuri selepas mendapati kesan umpil pada pintu belakang.

Terkejut dengan keadaan itu, pesara guru terbabit kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati tunai RM3,000 dan barang kemas milik isterinya termasuk telefon bimbit lesap.

Lebih mendukacitakan, lebih 50 koleksi jam tangan pelbagai jenama yang disimpan sekian lama turut hilang, dipercayai dikebas pencuri yang memecah masuk rumah pesara berumur 59 tahun itu.

Sebelum kejadian, pasangan berkenaan dikatakan keluar rumah kira-kira jam 5.30 pagi untuk solat berjemaah di Masjid Pak Sabah sebelum pulang semula jam 6.50 pagi.

Pasangan yang tidak menduga bilik tidur turut digeledah kemudian membuat laporan polis pada jam 8.15 pagi.

Kerugian dianggarkan hampir RM100,000 apabila barantai emas, rantai tangan dan 20 cincin turut hilang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...