Isnin, 10 September 2012

NGO saran kerajaan kaji semula pemansuhan ISA

Sharifah (dua, kiri) Ridzuan (tengah) dan Solleh (tiga, kanan) pada sidang media, semalam.
Sharifah (dua, kiri) Ridzuan (tengah) dan Solleh (tiga, kanan) pada sidang media, semalam.
Ahad 9 September 2012 sinarharian
Kerajaan Singapura masih mengekalkan ISA dan OD - tiada bantahan dari Hak Asasi Manusia...


KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta supaya mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kebiadaban segelintir rakyat terutamanya  generasi muda hari ini semakin berani setelah kerajaan memansuhkan ISA.

“Saya meminta kerajaan mengkaji semula pemansuhan akta itu apabila rakyat kini semakin berani mencabar kewibawaan negara samada negara ini selamat setelah akta dimansuhkan.

“Pada masa yang sama, pihak berkuasa iaitu polis digesa menangkap pelaku dengan serta merta sekiranya mereka didapati mencabar undang-undang atau kedaulatan negara ini.

“Kalau masalah ini berlarutan sehingga menjejaskan keharmonian negara, pertubuhan Ikhlas tidak akan teragak-agak akan melakukan tangkapan awam dan menyerahkan pelaku tersebut sendiri kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika mengadakan sidang
media berhubung insiden pada Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor dan Kuala Lumpur (Perkom), Mohd Solleh Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...