Gambar hiasan |
BESUT - Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini petang semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk terlentang di satu kawasan sawah padi.
"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Polis percaya mangsa dibunuh antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu, katanya. - BERNAMA