TONGOD, 6 Sept (Bernama) --
Penjawat awam dan pemimpin akar umbi diminta lebih proaktif dalam melaksanakan
tugas berkhidmat kepada rakyat, kata Ketua Biro Tatanegara Negeri Sabah, Datuk
Ibrahim Saad.
Beliau berkata mereka perlu lebih aktif turun padang bertemu masyarakat membantu usaha kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan sedia ada.
Katanya, melalui pendekatan tersebut, masalah dihadapi rakyat mudah dapat dikenal pasti dan diselesaikan segera selari dengan Program Transformasi Kerajaan yang mahukan rakyat menikmati keselesaan hidup selepas mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lepas.
"Ini dapat membantu penjawat awam dan pemimpin akar umbi membawa negara
untuk bersaing dengan negara luar dalam meniti arus kemodenan yang
dikecapi," katanya ketika menyampaikan ceramah "55 Tahun Merdeka
Janji Ditepati" sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Tongod
di sini Khamis.Beliau berkata mereka perlu lebih aktif turun padang bertemu masyarakat membantu usaha kerajaan meneruskan kesinambungan pembangunan sedia ada.
Katanya, melalui pendekatan tersebut, masalah dihadapi rakyat mudah dapat dikenal pasti dan diselesaikan segera selari dengan Program Transformasi Kerajaan yang mahukan rakyat menikmati keselesaan hidup selepas mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lepas.
Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak lupa diri apabila menikmati keharmonian dan keamanan hasil perubahan landskap pembangunan negara.
-- BERNAMA