Ahad, 14 Oktober 2012

Mesin ATM berisiko dirompak perlu dipindah ke kawasan selamat


BACHOK 13 Okt. - Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.

Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.

"Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan rondaan kerap oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...