Susulan perjalanan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang begitu tenang kali ini, mungkin terlintas sedikit kemusykilan dihati atau di minda sesetengah pihak, begitu juga dengan team PerakToday.com yang kebetulan melihat sendiri perjalanan program tersebut.
Dari awal pagi sehingga ke waktu tengah hari sampai ke petang, tidak ada sebarang provokasi yang timbul malah kekecohan pun tidak berlaku.
Hairan juga, disiplin pula penyokong-penyokong PR kali ini. Rupa-rupanya ada cerita sebalik keamanan #KL112 kali ini.
Namun perkara itu telah berjaya ditangani dengan baik oleh pihak polis.
Difahamkan, ada sekumpulan pemuda yang cuba mengprovoke pasukan polis dengan pelbagai cara dengan harapan ada anggota polis yang akan hilang sabar dan mula mengambil tindakan.
Namun disebabkan sikap cool pihak polis yang semakin ‘Hati Kering’ dalam mendengar provokasi fanatik PR maka usaha untuk mencabar kesabaran anggota keselamatan tersebut gagal.
Kami mendapat maklumat, ada reaksi daripada beberapa orang pemuda Melayu yang dipercayai penyokong tegar Pakatan Rakyat Gopeng serta beberapa kawasan di Perak Tengah yang menyertai #KL112 berasa tidak puas hati dengan sikap cool anggota polis dalam perhimpunan kali ini.
Difahamkan, kelompok berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati dan merungut kerana provokasi yang cuba mereka buat kepada polis trafik yang bertugas tidak menjadi.
Alahai kesiannya. Ingat anggota Polis sebodoh mereka agaknya masih nak nak guna taktik yang sama untuk menuding jari ke arah kerajaan.
Dek kerana sikap tenang anggota polis trafik, golongan muda mudi itu kemudiannya menganggap polis yang bertugas di sepanjang #KL112 sebagai pekak.
Inilah yang terjadi kalau taktik provokasi tak menjadi.
Hasil maklumat, difahamkan juga kumpulan fanatik PR itu rasa menyesal dan cukup tidak puas hati dengan kegagalan diri sendiri.
Lebih teruk, ada diantara mereka yang kecewa kerana mereka tidak dapat berdepan dengan ‘Water Canon’ sedangkan mereka telah bersedia.
Apa yang diperhatikan wajah mereka betul-betul merah kerana menahan marah dan kecewa malah ada diantara mereka berasa kekesal kerana hajat bertempur dengan polis tidak terjadi.
Susulan sikap kumpulan ini, ia seolah-olah membuktikan bahawa pemimpin serta penyokong PR sememangnya gemar mencetuskan huru hara dalam setiap kali himpunan.
Mula-mula mereka akan cuba provoke polis dengan pelbagai kata-kata kesat berbentuk penghinaan ke atas anggota keselamatan itu sehingga ada yang hilang sabar.
Apabila ada anggota polis yang hilang sabar, maka mulalah cerita putar belit fanatik-fanatik ini cipta.
Namun kali ini, semua teknik itu tidak menjadi nampaknya.
Sumber:PerakToday.com