Sabtu, 5 Januari 2013

Lelaki Mati Ditembak Di Kota Damansara


PETALING JAYA: Seorang lelaki mati ditembak ketika dia pulang ke rumah sepupunya di sebuah pangsapuri di Seksyen 8, Kota Damansara di sini malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa yangberumur 44 tahun dan berasal dari Kedah maut di tempat kejadian selepas ditembakdari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta.
"Menurut orang awam yang menyaksikan kejadian itu, mangsa yang sedangmenunggang motosikal ditembak di dada dan tangan kanannya pada kira-kira pukul 9malam dan maut ditempat kejadian.
"Mangsa datang dua tiga hari lepas untuk mencari kerja dan menumpang di rumah sepupunya di sini " katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Arjunaidi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...