Jumaat, 4 Januari 2013

Perogol Umur 13 Tahun Di Tangkap Polis Di Salahkan ?! Foto


Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun. Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.

Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.

Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu. Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.

Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.

Berikut adalah tulisan wanita itu...KLIK D SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...