TASEK GELUGOR 18 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang bertanggungjawab menyelia dan mengatur kawalan keselamatan perjalanan sembilan orang kena tuduh (OKT) yang lolos ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini dikenakan tindakan gantung tugas kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Sepatutnya pada hari itu dia perlu menyediakan Black Maria bukannya van polis untuk membawa sembilan OKT terbabit yang ada di kalangan mereka terlibat dengan kes jenayah berat.
"Kita gantung tugasnya kerana ingin beri pengajaran kepada dia supaya jalankan tugas dengan serius dengan mengikut peraturan dan prosedur yang telah digariskan," katanya selepas melancarkan Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di sini hari ini. - UTUSAN