Sabtu, 13 April 2013

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Rimbunan Pokok Pisang


KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam rimbunan pokok pisang di Lorong Kancil, Kampung Klang Gate di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat bayi itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 3.45 petang.
"Bayi perempuan yang dibaluti dengan kain dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak tiga hari lepas," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...