Ahad, 28 April 2013

Pegawai SPR diugut di Kubang Semang, Pulau Pinang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis setelah diugut seorang lelaki ketika beliau membuat rondaan dan pemantauan di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di hadapan Bilik Gerakan di kawasan itu.
"Lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu kereta itu dan menumbuk cermin sebelum memberi isyarat telunjuk jari sambil berkata `hang balik, nanti aku akan pukul hang'," katanya kepada pemberita dalam taklimat media PRU13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Ramli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana ugutan jenayah.
Beliau juga memberitahu terdapat tiga lagi kes yang mencemarkan kempen pilihan raya semalam iaitu kebakaran Bilik Gerakan di Rawang Jaya, Selangor, menconteng papan iklan yang mencemarkan imej polis di Kulaijaya, Johor dan ugutan jenayah di Petaling Jaya, Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...