Rabu, 3 April 2013

PENYAMUN BERKERETA MEWAH SAMUN KELUARGA SEDANG TONTON TV


Kuantan, 3 April - Empat lelaki yang dikatakan menaiki sebuah kereta BMW meluru masuk ke dalam sebuah rumah dan menyamun keluarga berkenaan yang sedang menonton televisyen malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam ketika Tan Sieng Oon, 54, dan isterinya sedang berada di ruang tamu rumah mereka di Jalan IM 2/93, Indera Mahkota dekat sini.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata suspek yang bersenjatakan parang kemudiannya mengarahkan pasangan tersebut bersama anak perempuan serta tiga cucu mereka naik ke tingkas atas.

"Mereka sekeluarga dikurung dalam tandas sebelum suspek bertindak menggeledah rumah mereka. Suspek kemudiannya melarikan wang tunai RM1,000, barang kemas, jam tangan dan sebuah I-pad yang keseluruhan bernilai kira-kira RM7,000," katanya kepada Bernama.

Mangsa sekeluarga tidak dicederakan. Tan berkata sebelum kejadian anak lelakinya yang baru sahaja keluar dari rumah mendakwa ternampak kereta tersebut yang diletak di tepi jalan berhampiran rumah mereka.- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...