Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan lehernya terjerut tali beg sandangnya selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai alat ganti kereta di Jalan Sungai Besi, Salak Selatan di sini pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mayat lelaki berumur 30 tahun itu ditemui tersangkut antara papan nama kedai dan tingkap di tingkat satu premis dua tingkat itu oleh pemilik kedai itu kira-kira 9 pagi ini.
"Dia dipercayai cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkap kedai itu, namun beg sandangnya dikatakan tersangkut pada papan nama kedai menyebabkan tali beg menjerut lehernya," katanya.
"Dalam keadaan cemas, beliau terlihat tingkap kedainya terbuka sebelum menjumpai mayat seorang lelaki tersangkut antara papan nama kedai dan dinding tingkap premis itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai masuk ikut tingkap berikutan pintu premis berada dalam keadaan baik dan pemilik premis menyatakan tiada barangan berharga hilang dari kedainya.
Katanya mayat lelaki itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untukbedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Gombak berhampiran stesen LRT Sentul di sini kira-kira 7 pagi ini, dipercayai akibat mati lemas.
Seorang lelaki, Abdullah Baba, 58, yang mengaku dirinya abang kepada mangsayang dikatakan berusia 56 tahun, berkata adiknya yang tinggal di Flat Sri Sabahdi sini dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas memberitahu keluarga hendak keluarbertemu rakan.
Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan nama mangsa ketika ditemui di lokasi kejadian atas sebab peribadi.
Mayat mangsa dilihat dibawa keluar dari sungai dan dimasukkan ke ambulans sebelum dibawa pergi. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan mayat itu.-BERNAMA