Gambar hiasan |
HULU LANGAT 13 Mei - Dua pelanggan sebuah kedai runcit cedera parah akibat ditembak sekumpulan tiga lelaki yang datang menyamun premis itu di Bukit Angkat, Kajang di sini semalam.
Dalam kejadian itu, tiga suspek yang berusia lingkungan 20-an datang ke kedai runcit yang dimiliki seorang warga asing berusia 40 tahun dan berpura-pura untuk membeli air minuman.
Bagaimanapun dalam kejadian pukul 5.14 petang itu, suspek kemudian meluru masuk ke dalam kaunter yang dijaga mangsa dan cuba membuka mesin wang setelah menumbuk pemilik kedai itu.
Katanya, suasana bertambah kelam-kabut apabila pemilik premis itu dikatakan cuba melawan suspek dan telah mencapai sebilah parang yang disimpan di belakang kaunter.
"Situasi itu menyebabkan salah seorang suspek telah mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah siling untuk memberi amaran kepada mangsa.
"Selepas tembakan mengejut itu, pemilik premis dan pelanggannya cuba melarikan diri namun suspek telah melepaskan satu lagi das tembakan dan mengenai paha kiri pelanggan berkenaan," katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE