Selasa, 14 Mei 2013

Dua lelaki parah ditembak


Dua lelaki parah ditembak
CHERAS - Dua  lelaki  mengalami kecederaan  parah setelah ditembak ahli kumpulan samseng dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu  yang dipercayai  berlaku  apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun berkenaan menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata,  tindakan berkenaan telah menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil sebelum kedua-dua mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, dipercayai tiga ahli kumpulan samseng itu kemudiannya mengejar kedua-dua mangsa itu sejauh  600 meter sebelum melepaskan tembakan.

“Suspek kemudiannya bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah dua mangsa berkenaan.

"Tindakan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terkena tembakan pada bahagian perut dan seorang daripada mereka terjatuh ke dalam longkang selepas terkena tembakan itu,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, polis menjumpai satu kelonsong peluru, sebilah parang dan kasut sukan berhampiran lokasi mangsa berkenaan ditembak.

“Kami masih menyiasat motif sebenar kejadian.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Ke seksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...