Gambar hiasan saja |
ALOR GAJAH - Niat baik seorang warga emas memberi air kepada seorang lelaki yang kononnya wakil jurujual simen membawa padah apabila dia disamun di rumahnya di Kelemak, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa didatangi lelaki bermotosikal berusia lingkungan 30-an yang bertanyakan kepadanya sama ada mahu membeli simen ataupun tidak.
Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 75 tahun itu menolak penawaran lelaki itu sebelum suspek meminta segelas air daripada mangsa.
"Mangsa masuk ke dalam rumah untuk mengambil air dan secara tiba-tiba suspek muncul dari belakang lalu mencekak leher mangsa sambil mengacukan sebilah pisau ke lehernya.
Menurutnya, suspek tergesa-gesa keluar melarikan diri dan memecut laju ke arah jalan utama.
"Mangsa walau bagaimanapun tidak mengecam nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek.
"Oleh kerana mangsa tinggal bersendirian, mangsa terpaksa meminta bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pada keesokkan paginya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.