Hukuman di Masjid Besar Sabang di hadapan beratus pemerhati
Banda Aceh: Seorang pegawai polis disebat di khalayak ramai di Aceh semalam kerana melanggar undang-undang syariah, menjadikannya penguat kuasa undang-undang pertama menerima hukuman itu.
Ketua unit jenayah umum di Pejabat Peguam Sabang, Darwin, memberitahu Jakarta Globe bahawa Brig Irwanuddin disebat enam kali kerana berjudi di daerah Aceh Basar. Dia adalah anggota polis pertama dihukum kerana melanggar “kanun” sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah di sesetengah daerah.
Hukuman sebat ke atas Irwanuddin dilakukan di Masjid Besar Sabang di hadapan beratus pemerhati dari semua wilayah. KLIK